Close
New to Ranhill SAJ Portal?

Register to be able to view and update your account, pay bills and more.

Create An Account with Email
OR

Skip the queue and pay your water bill easier than ever.

Quick Payment
Close
Language
Close
en
Language
Hotline 1800 88 7474
Search
en
Language
Enam Loji Rawatan Air Terima Penarafan Bintang Sasaran Penting

Pengurusan keselamatan perlindungan instalasi penting yang cemerlang membolehkan enam buah loji rawatan air (LRA) di bawah seliaan Ranhill SAJ menerima penarafan Bintang Sasaran Penting.

Pengiktirafan bagi 2024 itu menyaksikan penarafan lima bintang bagi LRA Sungai Johor, LRA Semangar dan LRA Gunung Pulai, manakala empat bintang bagi LRA Sultan Iskandar, LRA Sultan Ismail dan Empangan Pontian.

Sijil penarafan diserahkan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Ismail Abu di Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor di Kota Iskandar, semalam.

Turut hadir, Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Johor (CGSO), Kapten Addy Husszairi Husin.

Ranhill SAJ diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Khairul Effendy Tusam serta pengurus dan penguasa LRA.

Penarafan bintang tersebut merupakan penanda aras bagi meningkatkan prestasi dan menyokong usaha kerajaan dalam memastikan bekalan air terawat yang stabil dan berkualiti kepada para pengguna. 

Sasaran penting merujuk kepada aset penting dan sebarang kemusnahannya berkeupayaan memberikan kesan buruk kepada aspek-aspek penting seperti ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Back