Close
New to Ranhill SAJ Portal?

Register to be able to view and update your account, pay bills and more.

Create An Account with Email
OR

Skip the queue and pay your water bill easier than ever.

Quick Payment
Close
Language
Close
en
Language
Hotline 1800 88 7474
Search
en
Language
Integriti sebahagian DNA kita

Seiring dengan usaha memperkukuhkan integriti dalam kalangan warga kerjanya, Ranhill SAJ telah menganjurkan seminar Integriti di Tempat Kerja bertempat di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru, semalam.

Lebih 200 orang hadir pada program itu termasuk Ahli Lembaga Pengarahnya, Dato’ Sri Azmi Abdul Aziz; Pengurus Besar, Institut Pengurusan & Integriti Melaka (INSPIM), Norita Jantan; Ketua Pegawai Kewangan, Abdul Aziz Khan Alior Khan serta barisan pengurusan Ranhill SAJ.

Dato’ Sri Azmi mengingatkan peri pentingnya integriti dijadikan budaya kerja, sebagaimana nilai itu sudah menjadi sebahagian jati diri masyarakat kita.

“Integriti menjadi sebahagian darah daging kita...pembinaan sahsiah dan budaya serta prestasi cemerlang kita sebagai orang Malaysia yang sentiasa mementingkan keutuhan integriti.

“Ia menjadi sebahagian DNA yang mengingatkan kita untuk berada pada landasan yang betul,” ujarnya ketika berucap pada majlis itu.

Beliau berharap program dapat memperkukuhkan lagi komitmen warga kerja Ranhill SAJ dalam menunaikan segala amanah yang dipikul.

Program sehari itu dipenuhi dengan perkongsian oleh tiga penceramah, terdiri daripada bekas Majistret, Mohd Firdaus Ramlan; Pegawai Jabatan Penjara Malaysia, Inspektor Nik Mohd Fitrie Nik Abdullah dan Penceramah bebas, Izzhar Nazri.

Back