Close
New to Ranhill SAJ Portal?

Register to be able to view and update your account, pay bills and more.

Create An Account with Email
OR

Skip the queue and pay your water bill easier than ever.

Quick Payment
Close
Language
Close
en
Language
Hotline 1800 88 7474
Search
en
Language
Johor negeri catat pertumbuhan ekonomi paling pesat di Malaysia

KUALA LUMPUR: Johor muncul sebagai negeri dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di Malaysia pada 2025 apabila merekodkan kadar pertumbuhan 8.0 peratus, mengatasi semua negeri lain dan melepasi pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 5.2 peratus.

Pencapaian itu menyaksikan nilai ekonomi Johor mencecah RM171 bilion, sekali gus menyumbang hampir 10 peratus kepada keseluruhan ekonomi Malaysia, demikian menurut laporan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Mengikut Negeri 2025 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata Johor mendahului pertumbuhan KDNK negeri pada kadar 8.0 peratus, diikuti Pulau Pinang (7.3 peratus), Selangor (6.3 peratus) dan Perak (5.7 peratus), dengan kesemuanya mengatasi kadar pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata, perkembangan pesat industri pusat data menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi Johor, khususnya menerusi sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan.

"Sektor perkhidmatan berkembang kukuh 9.9 peratus, didorong subsektor utiliti, pengangkutan dan penyimpanan serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang melonjak 20.8 peratus, mencerminkan perkembangan pesat infrastruktur digital serta pengukuhan aktiviti logistik di negeri itu.

"Pada masa sama, sektor pembuatan yang menyumbang 28 peratus kepada ekonomi Johor berkembang 4.0 peratus, dipacu peningkatan permintaan terhadap produk elektrik, elektronik dan optikal," katanya.

Selain itu, sektor pembinaan Johor terus mencatat pertumbuhan dua angka sebanyak 26.7 peratus, dipacu lonjakan 47.4 peratus dalam pembinaan bangunan, khususnya kemudahan pusat data yang mengukuhkan kedudukan negeri itu sebagai hab ekonomi digital negara.

Secara keseluruhan, ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2025 dengan nilai ditambah RM1.74 trilion berbanding RM1.65 trilion pada tahun sebelumnya.

"Selain Johor, Pulau Pinang muncul negeri kedua paling pantas berkembang dengan pertumbuhan 7.3 peratus dan nilai ekonomi RM130.3 bilion, didorong sektor pembuatan khususnya industri elektrik dan elektronik (E&E)," katanya.

Sementara itu, Selangor pula kekal sebagai penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia dengan sumbangan 26.5 peratus atau RM460.1 bilion, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang.

"Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatat pertumbuhan ekonomi 5.2 peratus pada 2025 dengan nilai ekonomi RM265.1 bilion, sekali gus kekal sebagai penyumbang kedua terbesar kepada ekonomi negara selepas Selangor.

"Pertumbuhan itu dipacu sektor perkhidmatan yang menyumbang lebih 90 peratus kepada ekonomi wilayah berkenaan," katanya.

Beliau berkata, semua negeri mencatatkan pertumbuhan ekonomi positif, manakala Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang kekal sebagai lima penyumbang terbesar kepada ekonomi negara dengan gabungan sumbangan sebanyak 67.9 peratus. 

-Berita Harian

Link: johor-negeri-catat-pertumbuhan-ekonomi-paling-pesat-di-malaysia

Back