

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah mengadakan sesi lawatan kerja ke Loji Rawatan Air Sultan Iskandar, Pasir Gudang bagi meninjau proses rawatan serta operasi pengendalian air bersih di Johor Bahru.
Delegasi seramai 50 orang termasuk wakil Ahli-Ahli Majlis MBJB turut serta dalam lawatan itu, bertujuan memperkukuh hubungan dengan Ranhill SAJ.
Ahli Majlis, Datuk Abd Rashid Kasman selaku wakil rasmi Datuk Bandar Johor Bahru turut menzahirkan komitmen terhadap usaha kelestarian bekalan air untuk manfaat rakyat Johor.
Selain penerangan dan soal jawab, delegasi pelawat dibawa meninjau operasi dan aset di loji tersebut.
Validate your login