

Timbalan Menteri Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir semalam melawat Muka Sauk Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Johor bagi meninjau situasi semasa dan pelaksanaan pemulihan bekalan air susulan gangguan air tidak terancang akibat pencemaran air mentah di Sungai Johor.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor, Dr. Mohd Famey Yusoff; Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor, Azren Khalil; Pengarah Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ), Azlan Afandi Sauffee serta Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Anuar Abdul Ghani dan Ketua Pegawai Operasinya, Khairul Effendy Tusam.
Dalam sesi taklimat yang diadakan, pihak BAKAJ membentangkan kronologi insiden pencemaran dan langkah mitigasi yang telah dilaksanakan, manakala Ranhill SAJ memperincikan pelan tindakan kecemasan (ERP) bagi memastikan bekalan air dapat dipulihkan kepada para pengguna.
Antara kawasan yang teruk terjejas termasuk Kota Tinggi, Kulai, Iskandar Puteri dan Johor Bahru.
Validate your login