Close
New to Ranhill SAJ Portal?

Register to be able to view and update your account, pay bills and more.

Create An Account with Email
OR

Skip the queue and pay your water bill easier than ever.

Quick Payment
Close
Language
Close
en
Language
Hotline 1800 88 7474
Search
en
Language
LIBAT URUS PERKUKUH PENGURUSAN AIR

JOHOR BAHRU, 19 Ogos - Pengurusan air yang kukuh dan lestari memerlukan penglibatan banyak pihak dalam memastikan setiap objektif dapat dilaksanakan.

Antara usaha ke arah itu termasuk libat urus pihak-pihak berkepentingan dalam pengurusan air.

Selaku operator tunggal air terawat Johor, Ranhill SAJ sentiasa pro-aktif dalam menjalinkan kerjasamanya dengan Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ), Syarikat Air Johor Sdn Bhd (SAJSB), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor.

Terbaharu, sesi libat urus dijalankan dengan penglibatan agensi-agensi itu di Loji Rawatan Air (LRA) Gunung Pulai, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah, Bahagian Operasi Wilayah SPAN, Ir. Azrul Raimee Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif SAJSB, Mohd Riduan Md. Ali, dan Timbalan Pengarah JPS Johor, Alifnur Iskandar Mohamad Sani.

Fokus lawatan kerja itu merangkumi tinjauan prestasi pembekalan air terawat serta status simpanan air mentah semasa.

Back