Close
New to Ranhill SAJ Portal?

Register to be able to view and update your account, pay bills and more.

Create An Account with Email
OR

Skip the queue and pay your water bill easier than ever.

Quick Payment
Close
Language
Close
en
Language
Hotline 1800 88 7474
Search
en
Language
Pemeteraian Perjanjian Fasiliti Loji Rawatan (LRA) Gunung Pulai dan Sultan Ismail Perkukuh Jaminan Bekalan Air Johor

Ranhill SAJ telah memeterai Perjanjian Fasiliti Loji Rawatan Air (LRA) Gunung Pulai dan Sultan Ismail dengan anak syarikat Permodalan Darul Ta’zim (PDT), Syarikat Air Johor Sdn Bhd (SAJSB) di Johor Bahru, semalam.

Pemeteraian perjanjian tersebut merupakan susulan kepada kelulusan agensi berkaitan termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 1 Dis 2025, Pihak Berkuasa Negeri Johor (11 Dis) serta Lembaga Pengarah SAJSB pada 17 Okt lepas.

Dokumen perjanjian ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Interim Ranhill SAJ, Mohd Hedzir Hanafi dan Ketua Pegawai Eksekutif SAJSB, Mohd Riduan Md. Ali.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Darul Ta’zim (PDT), Dato’ Ramlee A. Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif, Johor Special Water (JSW), Abdul Rashid Ismail.

Perjanjian tersebut strategik dalam memastikan kesinambungan operasi serta pengurusan kedua-dua fasiliti rawatan air utama itu dan menyokong bekalan air terawat yang mampan kepada pengguna.

Ia mencerminkan komitmen berterusan pihak berkepentingan dalam memperkukuh tadbir urus sektor air negeri, sekaligus memastikan keselamatan infrastruktur air serta kelangsungan perkhidmatan air yang berdaya tahan.

Back