Close
New to Ranhill SAJ Portal?

Register to be able to view and update your account, pay bills and more.

Create An Account with Email
OR

Skip the queue and pay your water bill easier than ever.

Quick Payment
Close
Language
Close
en
Language
Hotline 1800 88 7474
Search
en
Language
Penduduk Sertai Solat Hajat, Mohon Super El Nino Tidak Jejas Air Mentah

KOTA TINGGI, 14 Sept – Fenomena El Nino yang berkemungkinan mencapai tahap sangat kuat (El Nino Super) meresahkan penduduk ekoran paras tidak menentu air mentah di beberapa sungai di daerah ini.

Akur kepentingan sumber air itu wajar dihargai sebaiknya, penduduk Felda Lok Heng turut memanjatkan doa kudus menerusi solat sunat hajat yang berlangsung di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Lok Heng dekat sini, hari ini.

Solat sunat dan tazkirah yang dipimpin Imam Daerah, Ahmad Saufi Saringat itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Muszaidi Makmor; Pengurus Besar, Bahagian Perkhidmatan Pelanggan, Ranhill SAJ (RSAJ) Md Fusi Salim dan Ketua Bahagian, Pengurusan Kualiti Ranhill SAJ (RSAJ), Mohd Nasaruddin Mohd. Yusof.

Program tersebut merupakan salah satu ikhtiar memohon pertolongan dan rahmat daripada Allah SWT agar dikurniakan bekalan air berterusan menerusi sumber air mentah yang mampan bagi daerah itu.

Agensi berita BERNAMA pada Ogos memetik Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip sebagai berkata, El Nino Super dijangka melebihi 90 peratus antara Oktober dan Disember.

Perkembangan itu berdasarkan trend menaik yang sangat signifikan dalam Relative Oceanic Nino Index (RONI) sejak pertengahan tahun ini.

Pencerapan terkini suhu laut mingguan direkodkan melebihi 1.8 darjah Celsius di atas purata klimatologi.

Back