

JOHOR BAHRU - Ranhill SAJ meneruskan tradisi berkongsi rezeki sempena bulan Ramadan melalui penganjuran Program Kongsi Berkat Ramadan 2026 yang berlangsung di Surau Darul Akhirah, Rumah Pangsa Awam Larkin di sini, semalam.
Menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tersebut, sebanyak 50 bakul berisi barangan keperluan harian telah disampaikan kepada penerima dalam kalangan asnaf yang menetap di kawasan berkenaan.
Sumbangan disampaikan Ketua Pegawai Kewangan Ranhill SAJ, Abdul Aziz Khan Alior Khan.
Turut hadir, Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Awam Larkin, Mahzan Ismail.
Berucap pada majlis itu, Abdul Aziz berkata sumbangan berkenaan sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat dalam menyantuni komuniti setempat, khususnya golongan yang memerlukan.
“Ramadan adalah waktu yang amat bermakna untuk kita berkongsi rezeki dan menzahirkan keprihatinan menerusi program-program kebajikan.
Beliau berkata program sedemikian turut mengeratkan hubungan di antara syarikat dan komuniti setempat.
Validate your login