

Ranhill SAJ mengalu-alukan lawatan akademik daripada pelajar Mechanical and Mechatronic Engineering (MME), Politeknik Singapore ke Loji Rawatan Air Sri Gading, Batu Pahat pada 10 Jun 2026
Seramai 53 peserta termasuk 3 orang pensyarah telah menyertai lawatan ini bagi menambah pengetahuan dan pemahaman mengenai proses rawatan air serta operasi bekalan air yang dilaksanakan oleh Ranhill SAJ.
Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman sepanjang lawatan ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar serta menjadi pendedahan berguna dalam bidang kejuruteraan dan pengurusan sumber air.
Terima kasih atas kunjungan dan kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar.
Validate your login