

JOHOR BAHRU, 6 Ogos - Ranhill SAJ menerima lawatan delegasi Syarikat Air Terengganu (SATU) dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik menerusi perkongsian pengurusan air tidak berhasil (NRW) serta sistem agihan bekalan air.
Lawatan itu memberi pendedahan kepada SATU mengenai pelaksanaan sistem pemantauan NRW termasuk penggunaan teknologi AquaSmart serta kaedah pengoperasian sistem agihan bekalan air.
Delegasi SATU, diketuai Pengurus Besar Kanan Operasinya, Osman Mohd, turut diberikan taklimat mengenai pengurusan rangkaian bekalan air, pemantauan tekanan, pengesanan kebocoran serta pengurusan Kawasan Meter Tempatan (DMA).
Selain itu, kedua-dua pihak turut mengambil peluang bertukar pandangan serta berkongsi pengalaman menerusi sesi perbincangan teknikal.
Lawatan itu mencerminkan komitmen syarikat dalam memperkukuh kerjasama strategik bersama operator air lain di Malaysia menerusi perkongsian ilmu dan teknologi demi menyokong penyampaian perkhidmatan bekalan air yang mampan kepada pengguna.
Validate your login