Close
New to Ranhill SAJ Portal?

Register to be able to view and update your account, pay bills and more.

Create An Account with Email
OR

Skip the queue and pay your water bill easier than ever.

Quick Payment
Close
Language
Close
en
Language
Hotline 1800 88 7474
Search
en
Language
Ranhill SAJ Terima Anugerah Kecemerlangan Makmal Institut Kimia Malaysia (IKM) 2025

Makmal Ranhill SAJ, Sri Gading sekali lagi mengharumkan nama syarikat apabila menerima Anugerah Kecemerlangan Makmal 2025 daripada Institut Kimia Malaysia (IKM) dalam satu majlis di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Pengiktirafan itu diberikan kepada makmal yang mencapai tahap tertinggi dalam kompetensi teknikal, ketepatan analisis, kawalan kualiti serta pematuhan standard profesional industri kimia negara.

Majlis penganugerahan berlangsung di Bandar Utama, Petaling Jaya pada 6 Disember lalu, yang turut menghimpunkan ahli kimia profesional dan pemimpin industri tempatan.

Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, Marhayani Md Saad menyampaikan anugerah tersebut kepada Ketua Pengurusan Kualiti Ranhill SAJ, Nurulashikin Abdul Rahman.

Perasmian majlis disempurnakan Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

Makmal Ranhill SAJ Sri Gading, terletak dalam kawasan Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat itu terpilih berdasarkan penilaian menyeluruh oleh IKM.

Pengiktirafan tersebut menzahirkan komitmen berterusan syarikat dalam memastikan ketepatan operasi makmal serta keselamatan bekalan air untuk rakyat Johor.

Back