

JOHOR BAHRU, 9 SEPT – Dua sekolah rendah di daerah ini terpilih dalam skim pembelajaran sains, teknologi dan matematik (STEM) menerusi Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ).
Sekolah Kebangsaan Seri Kota Puteri 4, Masai dan Sekolah Tasek Utara, Johor Bahru menerima suntikan pendidikan berasaskan pengalaman dan kendiri hasil kerjasama strategik SIPP-YTL dan Ranhill SAJ.
Khidmat bimbingan turut diterima daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Program hari ini memberi tumpuan kepada kefahaman dan pemikiran kritikal khususnya dalam menyelesaikan masalah berkaitan STEM.
Para pelajar didedahkan dengan aspek pengurusan sesuatu tugasan termasuk skop kelestarian alam sekitar, kesihatan dan keselamatan.
Ranhill SAJ tampil memberikan pendedahan berkaitan sistem pembekalan air dan asas utiliti serta elemen reka bentuk kawasan komuniti.
Ia komited dalam menyokong inisiatif pendidikan dalam usaha membentuk generasi yang kreatif, berkemahiran dan bersedia menghadapi masa hadapan.
Validate your login