Close
New to Ranhill SAJ Portal?

Register to be able to view and update your account, pay bills and more.

Create An Account with Email
OR

Skip the queue and pay your water bill easier than ever.

Quick Payment
Close
Language
Close
en
Language
Hotline 1800 88 7474
Search
en
Language
SK Puteri Ledang Nikmati Bekalan Air Bersih SAJ Selepas 70 Tahun

TANGKAK, 15 Mei (MalaysiaAktif) – Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Puteri Ledang kini menikmati bekalan air bersih daripada Syarikat Air Johor (SAJ) selepas lebih 70 tahun bergantung kepada sumber air dari Gunung Ledang.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar merangkap Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh berkata usaha itu telah dimulakan sejak 2017 melalui kerjasama pejabat Parlimen Ledang dan Ranhill SAJ di bawah program tanggungjawab sosial korporat melalui peruntukan RM1.1 juta.

“Saya bersyukur kerana warga sekolah akhirnya dapat menikmati bekalan air bersih yang lebih selesa, selamat dan sempurna,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Bekalan Air Bersih SAJ, di sekolah berkenaan, semalam.

Turut hadir Guru Besar SK Puteri Ledang Norlizah Mohd Noor, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah Muhammad Khairul Nisak Ahmad, Pegawai Kesihatan dan Persekitaran Majlis Daerah Tangkak Ts. Muhamad Sidek Arasu Abdullah serta Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ 

Back