Close
New to Ranhill SAJ Portal?

Register to be able to view and update your account, pay bills and more.

Create An Account with Email
OR

Skip the queue and pay your water bill easier than ever.

Quick Payment
Close
Language
Close
en
Language
Hotline 1800 88 7474
Search
en
Language
Timbalan Menteri Petra Tinjau Pembangunan Daerah Pontian, Perkukuh Agenda Keterjaminan Bekalan Air

PONTIAN, 3 Julai —Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad hari ini mengadakan lawatan kerja ke Pontian bagi meninjau pelaksanaan pembangunan serta memperkukuh agenda keterjaminan bekalan air di daerah itu.

Pada lawatan tersebut, beliau melawat Pejabat Agensi Ranhill SAJ Pontian dan diberi taklimat mengenai status semasa sistem bekalan air, projek pembangunan infrastruktur serta inisiatif penambahbaikan perkhidmatan air.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Mohd Hedzir Hanafi serta bersama barisan pengurusan syarikat. 

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Abdul Samad Sulaiman serta Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Wilayah Selatan, Padhil Abdul Hadi.

Beliau turut dibawa melawat kaunter perkhidmatan dan bayaran bagi meninjau proses penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan serta berinteraksi dengan petugas barisan hadapan dan mendapatkan penerangan mengenai pengurusan urusan pelanggan.

Abdul Rahman turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen Ranhill SAJ dalam memastikan penyampaian perkhidmatan bekalan air sentiasa berada pada tahap terbaik.

Beliau turut sama menyempurnakan alat jimat air serta promosi penggunaan air berhemah di Masjid Kampung Api-Api dekat sini. 

Back